Hey , You are welcoming here . This is my official bloggie . All in this blog is Mine , unless stated . No copycat here. last but not least , behave yourself !
Act, aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku kala ini. Sedih, geram, sakit hati, gembira, duka. semuanya bercampur-baur. Rasa nya tak terluah melalui kata-kata mahupun segenap karya atau apapun lah. Segala-galanya boleh berubah sekelip mata hanya kerana silap langkah. Apakah semua ini? Semua ini adalah cabaran mahupun dugaan yang sedang dihadapi oleh seorang hamba Allah. Satu per satu dugaan datang melanda tanpa dijemput dan ia pergi tanpa pamitan. Sadis! Aku tahu, mungkin ada orang mengalami masalah lebih teruk daripada diri ku ini. Jadi, kalau orang lain boleh tabah menghadapinya takkan aku tak boleh. Aku mesti boleh. Setiap hari, detik dan saat aku menanti mana pergi kesabaran yang aku bina, aku tercari-cari sehingga aku terjumpa amarah dan aku jadikan ia sebagai pengganti. Maknanya disini, tembok kesabaran yang bina sudah runtuh, ku ingat tembok itu kukuh, tapi tidak. Bila sebuah kesabaran itu runtuh, maka amarah datang tanpa dipinta. Amarah menguasai diri kala itu. Marah-marah tak tentu pasal. Menangis kerana perkara remeh. Menyelesaikan masalah dengan kebodohan. Sesungguhnya, aku kena tabah. Nasihatkan diri, tabahkan hati, dekatkan diri dengan Allah. Hapuskan amarah dengan wudhuk dan solat. Serta Al-quran jangan ditinggalkan. Kesabaran? Actually, sabar tiada hadnya, cuma kita bataskan nya. Tiada manusia sempurna. Hati kena bersih untuk semuanya kerana niat sesuatu perkara datang dari hati.